Setiap tahun berulang, sampai bila guna pendekatan lunak? - Pakar
Malaysia perlu mengambil tindakan undang-undang lebih tegas bagi menangani masalah jerebu rentas sempadan yang berulang setiap tahun.
Pakar Governan Persekitaran Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof Madya Dr Haliza Abdul Rahman berkata, pendekatan sedia ada di peringkat ASEAN lebih banyak bergantung kepada kerjasama antara negara dan perkara sedemikian menjadi punca tiada pihak yang mengambil pengajaran.