Silap lantik Dr. Sam sebagai pengerusi PN. Adakah mampu tandingi PMX? - Penganalisis
Pensyarah Kanan, Jabatan Sains Politik, Universiti Malaya (UM), Dr. Mohammad Tawfik Yaakub berkata keputusan Perikatan Nasional (PN) melantik Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar sebagai pengerusi gabungan itu merupakan satu kesilapan. Beliau membangkitkan persoalan mengenai keupayaan beliau untuk menandingi kekuatan pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam persaingan memenangi Pilihan Raya Umum (PRU) ke-16 akan datang. #AgendaAWANI