Hasrat menunaikan ibadah korban kini boleh dirancang lebih awal dan lebih tersusun menerusi pelancaran Akaun Simpanan AGROKorban-i oleh Agrobank, satu produk deposit patuh Syariah yang diperkenalkan khusus bagi membantu komuniti Islam membuat persediaan kewangan secara konsisten mengikut kemampuan masing-masing.