DPR Indonesia potong elaun dan kemudahan anggota
Dewan Perwakilan Rakyat (DPR) Indonesia memutuskan untuk memotong beberapa elaun dan kemudahan anggota, termasuk bil elektrik, telefon, komunikasi intensif, pengangkutan dan perumahan. Timbalan Speaker DPR, Sufmi Dasco Ahmad, memaklumkan langkah ini diputuskan dalam mesyuarat bersama ketua fraksi, dengan elaun perumahan dihentikan mulai 31 Ogos lalu.