Tanggapan seni sekadar hiburan perlu dihapuskan - Pakar
Tanggapan bahawa bidang seni dan kebudayaan sekadar hiburan perlu dihapuskan kerana ia merupakan antara cabaran utama dalam memperkukuh seni sebagai bidang akademik. Pakar akademik menyatakan seni mempunyai nilai budaya, ilmiah dan komersial, selain memainkan peranan penting dalam memelihara warisan serta memperkaya identiti negara.