[TERKINI] Dua bekas Exco Negeri Sembilan sahkan terima surat pembatalan pelantikan
ADUN Gemencheh Suhaimizan Bizar dan ADUN Serting Mohd Fairuz Mohd Isa mengesahkan menerima surat pemakluman pembatalan pelantikan sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri. Terdahulu, Istana Negeri Sembilan mengumumkan pembatalan pelantikan semua Exco berkuat kuasa serta-merta.