[TERKINI] PM tiba di Cebu, galas agenda Malaysia dalam Sidang Kemuncak ke-48
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Cebu, Filipina jam 1.50 tengah hari pada Khamis bagi menyertai Sidang Kemuncak ASEAN ke-48.
Kehadiran beliau bersama isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail disambut Setiausaha Kabinet yang juga Menteri Pengiring, Sharin S. Garin dari Jabatan Tenaga Filipina.