Skip to main content
Advertisement
Tersalah tekan pedal minyak, warga emas rempuh ruang pelepasan KKIA

Tersalah tekan pedal minyak, warga emas rempuh ruang pelepasan KKIA

Seorang wanita berusia lingkungan 60-an cedera ringan selepas kenderaan utiliti sukan (SUV) Proton X70 dipandunya merempuh ruang pelepasan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA), petang Jumaat.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Shahrudin Mat Husain berkata, siasatan awal mendapati, kejadian berpunca apabila pemandu itu tersalah menekan pedal minyak sehingga menyebabkan berlaku kemalangan.