Skip to main content
Advertisement
Thallaa Vilaiyulum Thakkaarum Thaazhvilaach Chelvarum Servadhu Naadu

Thallaa Vilaiyulum Thakkaarum Thaazhvilaach Chelvarum Servadhu Naadu

Perdana Menteri mengungkap kata pujangga agung Tamil, Thiruvalluvar yang bermaksud negara yang unggul ialah negara yang subur hasil buminya, tinggi keilmuan dan budi rakyatnya, serta makmur kekayaannya tanpa mengesampingkan akhlak. Tambah beliau, ternyata, sejak zaman silam, Thiruvalluvar telah mengingatkan bahawa hebatnya sesebuah negara itu tidak sekadar bersandar pada limpahan khazanah dan mercu tanda, tetapi turut ditunjangi kebijaksanaan, keadilan dan kemuliaan insan.