Tiga lagi helikopter AW189 Maritim Malaysia dijangka diterima pada Disember
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, helikopter berkenaan merupakan sebahagian daripada perolehan empat buah AW189 bernilai RM529 juta, dengan sebuah daripadanya diserahkan kepada Maritim Malaysia pada Khamis (13 Ogos).