ISTANBUL: Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan dan rakan sejawatnya dari Iran Masoud Pezeshkian pada Khamis membincangkan isu serantau dan global serta hubungan dua hala, lapor Anadolu Ajansi.
Erdogan menggesa supaya peperangan antara Iran dengan Amerika Syarikat (AS) “ditamatkan segera”, selain menyeru agar diplomasi diberi peluang untuk membuka lembaran baharu ke arah kestabilan.
Beliau turut menawarkan sokongan berterusan terhadap usaha keamanan bersama “negara-negara saudara” di rantau itu.
Pertemuan berkenaan berlangsung di luar acara COP31 di bandar Antalya, Turkiye, yang terletak di pesisir Laut Mediterranean.
-- BERNAMA-ANADOLU