Tiga maut, satu terselamat dalam nahas kereta dan lori di Alor Gajah
Hasrat tiga pemuda untuk ke Segamat, Johor berakhir dengan tragedi apabila mereka terkorban dalam kemalangan melibatkan sebuah kereta dan sebuah lori di Jalan Felda Hutan Percha, Alor Gajah pada petang semalam. Dalam kejadian itu, seorang mangsa maut di lokasi kejadian manakala dua lagi meninggal dunia ketika menerima rawatan di hospital. Pihak polis kini menjalankan siasatan untuk mengenal pasti punca sebenar kemalangan.