Tiga PPS dibuka di Perak & Kedah, puluhan mangsa dipindahkan
Sebanyak tiga Pusat Pemindahan Sementara dibuka setakat 11 pagi Isnin, masing‑masing dua di Perak dan satu di Kedah, bagi menempatkan hampir 80 mangsa yang terjejas akibat banjir. Beberapa daerah terlibat di Perak termasuk Larut, Matang dan Selama serta Batang Padang, manakala di Kedah hanya daerah Kulim terkesan. Situasi ini berlaku ketika Jabatan Meteorologi Malaysia meramalkan ribut petir di beberapa kawasan di Semenanjung.