Transformasi digital: Tak semua dalam "page" yang sama
Dalam era serba digital, masih ramai yang berdepan cabaran mengakses teknologi dan perkhidmatan dalam talian. Jurang kemahiran digital, akses internet serta tahap literasi teknologi yang berbeza boleh menyebabkan sebahagian masyarakat tercicir daripada manfaat digitalisasi. Justeru, pendekatan yang lebih inklusif diperlukan bagi memastikan tiada siapa yang ketinggalan dalam arus transformasi digital negara.