AWANI Pagi: Memacu transformasi digital industri aeroangkasa dan pertahanan Malaysia
Daripada sebuah syarikat tempatan yang ditubuhkan pada tahun 2004, Feiran Technology kini muncul sebagai satu-satunya Rakan Kongsi Platinum kepada Dassault Systèmes di Malaysia serta antara pemain utama dalam bidang Product Lifecycle Management (PLM), pendigitalan industri dan teknologi aeroangkasa.
Perjalanan lebih dua dekad ini bukan sahaja mencerminkan pertumbuhan syarikat, malah turut menyumbang kepada pembangunan bakat tempatan dan transformasi industri negara.