Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menahan reman enam pegawai dan seorang bekas pegawai penguat kuasa Pihak Berkuasa Tempatan di Selangor kerana disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM15,000 sebagai balasan mempercepat urusan permohonan dan memperbaharui lesen perniagaan.