Semua aspek teknikal dan pengurusan bagi persiapan acara olahraga Sukan Malaysia (SUKMA) 2026 berjalan lancar. Presiden Persatuan Olahraga Selangor, Norhayati Karim berkata, venue pertandingan di Universiti Putra Malaysia (UPM) serta pasukan teknikal yang terlibat dalam penganjuran kini dalam keadaan bersedia.