Lynas, kerajaan kelantan meterai MOU hasilkan MREC
Ketua Pegawai Eksekutif Lynas Rare Earths, Amanda Lacaze berkata, deposit tanah liat ionik di Malaysia mempunyai potensi yang sangat baik sebagai bahan mentah masa depan. Ini kerana ia mengandungi bilangan unsur nadir bumi berat yang tinggi, yang amat diperlukan dalam teknologi masa depan seperti kenderaan elektrik dan elektronik.