AS$30 juta masuk ke akaun Najib dari syarikat samaran
Penganalisis Pasukan Petugas Khas 1Malaysia Development Berhad (1MDB) Adam Ariff Mohd Roslan memberitahu Mahkamah Tinggi, akaun peribadi Datuk Seri Najib Tun Razak menerima AS$30 juta (RM140.9 juta) daripada sebuah syarikat samaran, Blackstone Asia Real Estate Partners.