Tahanan rumah Najib bukan hukuman dua darjat – Saifuddin
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menegaskan pelaksanaan tahanan rumah terhadap Datuk Seri Najib Razak bukan hukuman dua darjat kerana keputusan pengampunan terletak di bawah bidang kuasa Lembaga Pengampunan, bukan Kementerian Dalam Negeri.
Beliau berkata Jabatan Penjara hanya bertanggungjawab melaksanakan keputusan berkenaan mengikut lunas undang-undang dan prosedur yang ditetapkan.