Skip to main content
Advertisement
Tahanan rumah Najib tiada kos tambahan – Saifuddin

Tahanan rumah Najib tiada kos tambahan – Saifuddin

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menegaskan pelaksanaan tahanan rumah terhadap Datuk Seri Najib Razak bukan layanan dua darjat, sebaliknya dibuat berdasarkan keputusan Lembaga Pengampunan dan lunas undang-undang.

Beliau berkata tiada kos tambahan bagi kawalan keselamatan di kediaman Najib kerana penugasan pegawai penjara disusun semula, dengan tiga pegawai bertugas bagi setiap syif serta pengawasan polis.