Skip to main content
Advertisement
Najib tertakluk empat syarat utama sepanjang tahanan rumah – Saifuddin

Najib tertakluk empat syarat utama sepanjang tahanan rumah – Saifuddin

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata Datuk Seri Najib Razak tertakluk kepada empat syarat utama sepanjang menjalani baki hukuman menerusi tahanan rumah, termasuk sekatan tempat tinggal dan pergaulan, pergerakan serta lawatan, penggunaan alat telekomunikasi dan kewajipan mengikuti program pemulihan.

Beliau berkata Jabatan Penjara bertanggungjawab melaksanakan perintah pengampunan bersyarat itu, termasuk menetapkan kawalan, seliaan serta tatacara pematuhan.