Aduan penipuan, kegiatan tidak berlesen meningkat ketara - SC
Pengurus Besar Pengguna dan Pelabur SC, Jawahar Ali Ameer Ali berkata SC telah menerima 1,799 aduan pada 2020 manakala sebanyak 3,475 aduan (2021) dan 2,461 aduan (2022). Beliau berkata bagi separuh pertama tahun ini pihaknya telah menerima kira-kira 1,670 aduan iaitu kira-kira 60 peratus daripada aduan yang diterima pada 2022.
