SC tidak langgar bidang kuasa, bekerjasama dengan SSM - Amir Hamzah
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) tidak melangkaui bidang kuasanya dalam menjalankan fungsi pengawalseliaan, kata Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.
Beliau berkata SC dan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) mempunyai mandat berbeza, namun kedua-dua agensi akan bekerjasama apabila sesuatu siasatan melibatkan bidang kuasa masing-masing.