Agrico Qatar | PM terima surat komitmen pelaburan AS$360 juta
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini menerima surat komitmen pelaburan berjumlah AS$360 juta dari syarikat Agrico Qatar.
Surat komitmen itu disampaikan pengerusi syarikat tersebut Ahmad Hussain Al-Khalaf dalam lawatan Perdana Menteri di ladang sayuran organik, cendawan dan udang milik Agrico di Al-Khor pada Isnin.