Akta Anti Lompat | UMNO Beluran mahu ia disegerakan, 'ramai pengundi trauma'
UMNO Beluran meminta supaya Rang Undang-Undang (RUU) akta anti lompat parti segera diluluskan khasnya sebelum Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-15 diadakan.
Ketua UMNO Beluran, Julie Sabran berkata, RUU itu sangat bermakna kepada rakyat dan pengundi kerana ia melibatkan soal kepercayaan dan integriti pemimpin.