PAU 2026: UMNO mahu PRU16 disegerakan - Ahmad Zahid
Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menegaskan, UMNO berhasrat mahu Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) disegerakan bagi membolehkan parti itu mendapatkan semula mandat rakyat untuk menerajui kepimpinan negara.
Menurut Presiden UMNO itu, PRU16 akan menjadi titik penentuan bagi UMNO untuk kembali memimpin negara dan bukan sekadar menjadi pelengkap dalam kerajaan.