PRN Negeri Sembilan: Pengundi muda 'trauma' pilih calon tidak berprestasi – Belia
Penolong Setiausaha Kehormat Majlis Belia FELDA Wilayah Raja Alias (MBFWPA), Ana Mohd Shukor berkata pengundi muda dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan dibayangi rasa waswas untuk keluar mengundi dan memilih calon yang bertanding. Jelasnya, antara faktor yang menimbulkan kegusaran tersebut adalah kerana timbul trauma berikutan kesan pemilihan mereka menyebabkan wakil rakyat dipilih tidak mampu berkhidmat dengan prestasi yang diharapkan. #DialogAnakMuda #NegeriSembilanMemilih