Skip to main content
AMK lapor polis susulan ugutan bunuh terhadap PM Anwar

AMK lapor polis susulan ugutan bunuh terhadap PM Anwar

Angkatan Muda Keadilan (AMK) membuat dua laporan polis berhubung video tular memaparkan seorang lelaki mengeluarkan ugutan bunuh terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa operasi pengosongan 37 unit rumah di Kampung Sungai Baru di ibu negara, pada Khamis.