APEL | KPT akan permudah permohonan Ahli Parlimen
Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) akan menyediakan kemudahan kepada semua Ahli Parlimen yang berminat
menyambung pengajian ke peringkat lebih tinggi menerusi laluan Akreditasi Pembelajaran Pengalaman Terdahulu (APEL).
Menterinya, Datuk Seri Noraini Ahmad berkata perkara itu akan dibincangkan bersama Agensi Kelayakan Malaysia (MQA).