ASEAN25: Presiden Ramos-Horta berseloroh Perdana Menteri Gusmao mudah titis air mata
Presiden Timor-Leste, José Ramos-Horta berseloroh mengenai peribadi rakan seperjuangannya Perdana Menteri Timor-Leste, Xanana Gusmoa yang mudah menitiskan air mata, dan hal itu nyata berlaku semasa keanggotaan republik itu dalam ASEAN diumumkan pada Ahad. Tambahnya, Gusmao sememangnya seorang pemimpin dihormati di Timor-Leste kerana berperanan penting memerdekakan negara tersebut. #AgendaAWANI #ASEAN25
