Skip to main content

Ikuti sekarang Sidang Dewan Rakyat sempena Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Parlimen Ke-15.

Advertisement

Banjir | Jumlah mangsa lepasi 2,000 melibatkan tujuh negeri

Banjir | Jumlah mangsa lepasi 2,000 melibatkan tujuh negeri

Setakat jam 8 malam Sabtu.. Jumlah mangsa banjir di seluruh negara melepasi angka 2,000 dengan 2,188 mangsa terkesan melibatkan tujuh negeri iaitu di Kedah, Kelantan, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Melaka dan Johor.

Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) dalam satu kenyataan di Facebook memaklumkan, Kelantan mencatatkan jumlah tertinggi mangsa yang terlibat dengan pemindahan iaitu 809 orang melibatkan 265 keluarga.