Jumlah mangsa banjir mencatatkan 2,763 orang daripada 865 buah keluarga di lima negeri.
Menurut laman sesawang info banjir Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), sebanyak 28 buah pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka setakat jam 11 pagi, pada Isnin.
Kelantan menjadi negeri paling teruk terjejas dengan 1,969 mangsa daripada 653 buah keluarga yang ditempatkan di lapan buah PPS.
Bagaimanapun hanya daerah Pasir Mas yang terjejas setakat ini di Kelantan.