Bantuan sah hingga 31 Disember, tidak perlu tergesa-gesa
Timbalan Menteri Komunikasi, Teo Nie Ching menasihatkan orang ramai supaya tidak tergesa-gesa menggunakan Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) bernilai RM100 kerana ia sah sehingga 31 Disember, selain sistem MyKasih kini lebih stabil selepas peningkatan kapasiti.