Bekas Presiden Korea Selatan gagal hadir siasatan darurat tentera
Bekas Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol, tidak hadir sesi siasatan oleh pendakwa khas berhubung pengisytiharan darurat tentera Disember lalu. Yoon, yang telah disingkirkan pada April, mendakwa perlu menghadiri perbicaraan dan mempersiapkan pembelaan. Pihak pendakwa dijangka mengeluarkan semula notis kehadiran minggu ini.