Bencana Alam | Peringatan Tuhan kepada manusia
Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah menyifatkan pelbagai bencana alam yang semakin kerap berlaku kebelakangan ini sebagai peringatan tuhan kepada manusia yang bersifat zalim terhadap alam.
Baginda menegaskan, ketaksuban untuk memajukan prasarana dan meraih keuntungan perniagaan jangan dijadikan lesen menghalalkan manusia bersifat rakus memusnahkan alam sekitar.