Berdaya Saing | Sarawak komited bantu usahawan belia
Usahawan di Sarawak mampu mengembangkan perniagaan mereka menerusi pelbagai inisiatif disediakan kerajaan negeri seperti Dewan Usahawan Bumiputera Sarawak (DUBS).
Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak, Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah menyampaikan komitmen kementeriannya dalam memajukan serta berusaha mempromosikan barangan perniagaan usahawan di negeri itu.