Bersatu pecat Saifuddin Abdullah
Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) memecat ahli Majlis Pimpinan Tertingginya, Datuk Seri Saifuddin Abdullah berkuat kuasa pada Isnin.
Ahli Parlimen Indera Mahkota itu ketika dihubungi Astro AWANI berkata, makluman mengenai pemecatannya diterima menerusi sepucuk surat yang dikirimkan di WhatsApp.
