Blue Origin gantung pelancongan angkasa, fokus misi ke bulan
Syarikat angkasa lepas Amerika Syarikat, Blue Origin akan menggantung penerbangan pelancongan angkasa lepas sekurang-kurangnya selama dua tahun.
Syarikat milik pengasas Amazon, Jeff Bezos itu dalam kenyataan berkata, langkah ini bagi memberi tumpuan kepada keupayaan mereka dalam misi menghantar manusia ke bulan.
