Sentoria gantung tugas CEO selama tiga bulan sementara menunggu siasatan
Sentoria Group Bhd mengumumkan tugas dan fungsi ketua pegawai eksekutif kumpulan Datuk Loh Yuen Tuck telah digantung berkuat kuasa serta-merta.
Dalam makluman di Bursa Malaysia, syarikat itu berkata, tempoh penggantungan tersebut hendaklah untuk tempoh tiga bulan dan akan berbeza-beza bergantung kepada syor akhir oleh Pasukan Penyiasat Luar...