Bot penumpang karam di Basilan, 7 maut dan 144 masih hilang
Sekurang-kurangnya tujuh orang maut selepas bot penumpang MV Trisha Kerstin 3 yang membawa lebih 300 penumpang karam di perairan Basilan, selatan Filipina. Setakat ini, 215 individu berjaya diselamatkan manakala 144 masih dilaporkan hilang. Operasi mencari dan menyelamat oleh Pengawal Pantai Filipina masih diteruskan.
