COP27 | Negara miskin bergelut dengan hutang
Ketua Program Pembangunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) memberi amaran banyak negara berpendapatan rendah sedang bergelut untuk mengumpul dana menangani perubahan iklim kerana beban hutang yang mereka tanggung.
Achim Steiner memberitahu The Associated Press bahawa agensinya menganggarkan 54 negara di seluruh dunia kini menghadapi potensi "tekanan hutang."