COVID- 19 | AS kembali bangkit dari tekanan wabak COVID-19
Situasi di China yang kini berdepan lebih banyak sekatan akibat COVID-19 cukup berbeza jika dibandingkan dengan Amerika Syarikat.
Di Amerika Syarikat, fasiliti kesihatan tidak lagi terbeban, dengan kehidupan dilihat beralih kepada seperti sedia kala dengan lebih banyak peraturan COVID-19 dimansuhkan.
Namun, derita ketika teruk diancam wabak tersebut masih segar di ingatan kakitangan kecemasan hospital yang bertarung nyawa menjaga pesakit.