COVID-19 | Pesakit di hospital Beijing naik mendadak
Situasi yang berlaku di sebuah hospital di Beijing pada Khamis mengimbau keadaan yang pernah berlaku pada 2019 ketika dunia diancam pandemik COVID-19.
Berbaki beberapa hari sebelum memasuki 2023, sistem kesihatan di Beijing masih menerima tekanan daripada lambakan pesakit yang membanjiri wad kecemasan.