COVID-19: Sediakah Malaysia dengan vaksin?
Britain akan mula memberikan vaksin COVID-19, Pfizer BioNTech minggu depan selepas mendapat kelulusan oleh Agensi Perundangan Perubatan dan Penjagaan Kesihatan (MHRA).
Setiausaha Kesihatan Britain, Matt Hancock memaklumkan, selepas menjalankan ujian klinikal selama beberapa bulan dan menganalisis data, MHRA merumuskan vaksin terbabit memenuhi standard kualiti, keselamatan dan keberkesanan.