Dapur Digital jana pulangan RM2.5 juta, perkasa komuniti keusahawanan digital - Fahmi
Inisiatif Dapur Digital yang dilaksanakan di 15 lokasi sekitar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur berjaya menjana pulangan ekonomi lebih RM2.5 juta dalam tempoh 18 bulan, membuktikan keberkesanan model pemerkasaan komuniti berasaskan keusahawanan digital.
