Dos Penggalak | Tarikh akhir 31 Mac muktamad
KKM tidak akan melanjutkan lagi tempoh pemberian dos penggalak yang ditetapkan sehingga 31 Mac ini kepada penerima vaksin Sinovac. Menterinya, Khairy Jamaluddin berkata, jika mereka masih enggan mendapatkan vaksin itu selepas tarikh berkenaan, status vaksinasi mereka bertukar kepada tidak lengkap.