Dua lelaki ditahan kes wanita maut dikelar
Polis menahan dua lelaki bagi membantu siasatan kematian seorang wanita yang ditemukan dengan kesan kelar di kediamannya di Flat Sri Murni, Sungai Dua. Mangsa berusia 41 tahun ditemui tidak sedarkan diri sebelum disahkan meninggal dunia, manakala kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
