Dua pegawai CIQ ditahan, disyaki terlibat sindiket ‘flying passport’
Dua pegawai penguat kuasa termasuk seorang penyelia ditahan di CIQ Bangunan Sultan Iskandar, Johor Bahru selepas disyaki terlibat dalam sindiket ‘flying passport’ melibatkan manipulasi data kemasukan pelawat asing. Pemeriksaan lanjut menemukan 14 pasport yang disorokkan di atas siling kaunter, selain merampas empat telefon bimbit dan wang tunai RM2,800.