Duta Besar Malaysia ke AS yang baharu serah watikah pelantikan kepada Trump
Tan Sri Muhammad Shahrul Ikram Yaakob menyerahkan watikah pelantikan sebagai Duta Besar Malaysia ke Amerika Syarikat kepada Presiden Donald J. Trump di White House pada 24 Julai 2025. Beliau menyatakan komitmen memperkukuh hubungan dua hala dan menghargai penyertaan AS dalam Mesyuarat Menteri-Menteri Luar ASEAN ke-48.